Thursday, October 23, 2014

Program Ziarah & Anak Angkat ke Perkampungan Orang Asli

Assalamualaikum, pihak pertubuhan dengan sukacitanya mempelawa semua mahasiswa/i Institusi Pendidikan Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ada di serata Malaysia amnya dan di Perak khasnya agar sama-sama dapat bersama-sama kami menjayakan Program Ziarah & Angak Angkat ke Perkampungan Orang Asli. 

Program ini bukan hanya sebatas ziarah dan silaturahmi, tapi juga mampu diselitkan dengan pelbagai aktiviti bergantung kepada kepakaran masing-masing. Ada program kesihatan, pendidikan, servis komuniti, dakwah, pembangunan modal insan, penyelidikan dan banyak lagi.

Kami menekankan konsep "Daripada mahasiswa/I kepada masyarakat". Ini kerana, konsep ini lebih mampu menekankan rasa tanggungjawab dan kebersamaan antara sukarelawaan dan masyarakat setempat dengan menguruskan program itu sendiri dengan seliaan dan pantauan kami. Dengan ini, setiap peserta lebih memaknai dan menjiwai peranan mereka sebagai sukarelawan di lapangan. Selain itu, konsep ini juga mampu menekankan nilai kebersamaan dan kepeduliaan yang lebih mendalam.

Untuk memastikan hasil yang optimal, kami menasihatkan agar setiap kumpulan mahasiwa/i yang berminat agar dapat membentuk komite mahasiwa terlebih dahulu dan kemudianya menghubungi kami untuk penyelarasan tarikh, aktiviti dan hal-hal berbangkit lain.

Bagi pihak kami, Encik Dasuki bin Wahab adalah individu yang bertanggungjawab selaras peranan beliau sebagai AJK Komunikasi & Sukarelawan. 






No comments:

Post a Comment