Monday, September 30, 2013

Ziarah Mahabbah ke KOA Suluh

Alhamdulilah, sekumpulan 39 orang mahasiswa/mahasiswi Kolej Perubatan Diraja Perak -UniKL dan Universiti Selangor (UniSel) telah bergabung tenaga untuk meraikan dan menjayakan Program Ziarah Mahabbah ke Perkampungan Orang Asli Hulu Kinta, Perak pada 27-29 September 2013. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang jurusan pendidikan antaranya radiografi, farmasi, fisioterapi, teknologi maklumat (UniSel), dan Bahasa Inggeris (UniSel).

Walaupun sebahagian besar peserta mengakui ini adalah pengalaman pertama mengikuti program seperti ini tapi segala-galanya dipermudahkan dengan semangat "Kerana Allah" (Lillahitaala). 

Atas nama dakwah juga, kesemua peserta bergabung tenaga untuk kembali menjaling tali-tali silaturahmi di antara masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar. Pelbagai aktviti telah dirancang dan disempurnakan oleh adik-adik peserta ini antaranya solat berjemaah, makan bersama, ziarah rumah ke rumah, sukaneka, slot kebersihan diri, kelas asas fardu ain dan solat untuk adik-adik Orang Asli, persembahan malam penghayatan Islam dan gotong royong. Di samping itu, mereka juga turut mengagihkan pakaian-pakaian bekas kepada penduduk.

Mereka datang dengan keghairahan berbakti, tapi pulang dengan kerinduan yang mendalam. Semoga hati-hati ini terus kembali untuk berbagi sedikit kasih dan sayang serta prihatin terhadap masyarakat Orang Asli. Atas jasa anda, hanya Allah jua yang mampu menilai dan membalasnya. InsyAllah

solat berjemaah

sayet-sayet
peace yoooo
AJK sukaneka bermesyuarat
standing banner dan banner
persiapan terakhir sebelum mengendalikan aktiviti
sukaneka
latihan amali berwudu' dan azan
AJK makanan
bergambar sebelum berpisah
salam-salaman
salam-salaman
bergambar bersama

Thursday, September 19, 2013

Program Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli

Dalam memaknai kehidupan yang diwarnai dengn pelbagai cabaran dan dugaan, kematangan akal dan perilaku sesorang diuji. Selaras dengan kehendak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan konsep ’Modal Insan” sebagai acuan pembentukan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak terutama dikalangan golongan belia yang notebene adalah merupakan pewaris kepada negara. Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta, Perak terpanggil untuk menjadi bahagian daripada sistem tersebut dan seterusnya merealisasikannya.

Keyakinan pertubuhan didasarkan kepada pengalaman beberapa kali menjadi penyelia program sahabat-sahabat daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Insititut Teknologi Malaysia (UiTM) dan Universiti Kuala Lumpur ( Royal College of Medicine Perak) mengendalikan program anak angkat di perkampungan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kinta.

Program Anak Angkat yang telah dan bakal dianjurkan ini bukan sebatas perlengkap program dan aktiviti mahasiswa, tetapi merupakan ajang  menambah pengalaman khasnya berkenaan kehidupan masyarakat Orang Asli selain daripada memberikan tuisyen, motivasi, kelas pengajian agama, kelas kemahiran dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain.


Diharapkan dengan program ini juga, memberikan perspektif baru kepada golongan belia khasnya mahasiswa yang menyertai dan masyarakat Orang Asli itu sendiri dalam memaknai apa itu kebersamaan dan kepeduliaan.

Tuesday, September 17, 2013

Sumbangan bebas cukai

Alhamdulilah, pihak pertubuhan telah mengorak selangkah lagi ke hadapan berkenaan dengan sumbangan yang diterima dengan mengupayakan sumbangan bebas cukai. Pihak pertubuhan melalui wakil rasmi iaitu saudara setiausaha telah mengadakan perbincangan mengenai usaha-usaha ini dengan Puan Intan Azlina, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Ipoh hari ini. Sebagai pegawai yang berwenang di LHDN, beliau telah menunjuk ajar dan memberikan nasihat-nasihat selari dengan peruntukan undang-undang yang berlaku. 

Antara tujuan utama pertubuhan mengusahakan sumbangan bebas cukai ini adalah; untuk menggalakkan aktiviti sumbangan di kalangan masyarakat awam disamping tidak membebankan pihak penderma. Diharapkan dengan usaha ini, akan memberikan dampak positif terhadapan kewangan pertubuhan. InsyAllah, segala usaha dipermudahkan.

Saturday, September 7, 2013

Sumbangan pakaian bekas

Alhamdulilah, pihak pertubuhan menerima sumbangan pakaian bekas dan barangan lain daripada sahabat-sahabat di RCMP-UniKL (Kolej Perubatan Di Raja Perak) melalui wakilnya saudari Nor Liyana. Difahamkan, sumbangan ini adalah hasil kerja bersama saudari Nor Liyana dan beberapa sahabat lain yang prihatin. Pihak pertubuhan mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat saudari Nor Liyana dan sahabat-sahabatnya.

Friday, September 6, 2013

Cabaran dalam berdakwah

Antara cabaran utama dalam melaksanakan misi dakwah di kalangan masyarakat Orang Asli adalah, kendala dari segi geografi dan akses masuk. Kebanyakkan masyarakat Orang Asli mendiami di kawasan pedalaman yang mana akses jalan tar agak terbatas. Jadi, satu-satunya penghubung antara masyarakat Orang Asli dan masyarakat luar adalah dengan menggunakan motorsikal atau kenderaan pacuan empat roda (4WD).

Alhamdulilah, pihak pertubuhan dilengkapi satu jentera pacuan empat roda (4WD) untuk menggalas setiap misi yang ada. Tapi, hari demi hari jentera ini kian uzur dalam melaksanakan setiap misi di belantara yang mencabar. Walaubagaimanapun, urusan dakwah ini selalu dipermudahkan olehNya, alhamdulilah.






Akaun rasmi pertubuhan


Alhamdulilah,setelah sekian lama berurusan dengan pihak Bank Islam Taman Meru,akhirnya pihak pertubuhan dapat membuka akaun. Diharapkan dengan adanya akaun ini dapat melancarkan urusan sumbangan daripada pihak luar...
No akaun : 08-095-02-002296-0
Bank : Bank Islam Taman Meru

Thursday, September 5, 2013

Alfatihah

Telah kembalinya anakanda encik Othman,pengerusi surau Nurul Hikmah KOA Tonggang, almarhum Mohd Shukri. Almarhum meninggal dunia akibat kemalangan di jalan Chemor - Ulu Kuang semalam sekitar jam 9 malam sewaktu huhan lebat. Semoga Allah mencucuri rahmat buat arwah dan memberi kekuatan kepada keluarga yang ditinggalkan. Alfatihah

Wednesday, September 4, 2013

Al Fatihah

Alfatihah buat arwah tok bathin KOA Tonggang, atok Alang yang telah kembali ke rahmatullah pada syawal ke 3 (10 Ogos 2013) tempoh hari. Arwah disahkan meninggal kerana faktor usia. Buat sementara waktu, urusan berkenaan bathin dipangku oleh anakanda beliau, saudara Che Wan. Pihak pertubuhan merakamkan takziah kepada keluarga yang ditinggakan, semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Dan semoga arwah atok Alang dicucuri rahmat oleh Nya. amin.

Atok Alang, 2 dari kanan ( disamping Ust Abd Halim)

Sumbangan pakaian bekas

Alhamdulilah, pihak pertubuhan melalui Ust Abd Halim telah menerima sumbangan pakaian bekas daripada orang ramai untuk diserahkan kepada masyarakat Orang Asli yang memerlukan. Diharapkan lebih banyak sumbangan yang dapat disalurkan kepada mereka baik berupa barangan berupa pakaian bekas atau sumbangan kewangan untuk operasai dakwah pertubuhan. Dan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang, semoga Allah jua membalas jasa anda semua.


Tuesday, September 3, 2013

Program Qurban 2013

Alhamdulilah, pihak pertubuhan mempelawa sahabat-sahabat yang berkelebihan dan berkemampuan untuk sama-sama meraikan dan menjayakan program Qurban 2013 sempena Eidul Adha 2013/ 1434H. Seperti tahun-tahun sebelumnya, program Qurban ini akan ditumpukan di kawasan perkampungan Orang Asli di sekitar Hulu Kinta. Tahun ini, pihak pertubuhan mengupayakan untuk diadakan program Qurban di beberapa buah perkampungan Orang Asli sebagai upaya meraikan dan memberi kesempatan untuk mereka menghayati nilai-nilai di balik balik peristiwa Qurban tersebut.

Antara faktor lain pihak pertubuhan mengupayakan usaha ini adalah, untuk memberi kesempatan kepada masyarakat Orang Asli untuk mempelajari cara penyembelihan mengikut syariat Islam dan hikmat disebalik itu. Dan seterusnya membiasakan mereka untuk mengamalkan dalam kehidupan seharian.
Dengan program ini juga diharapkan, apa yang kita sumbangkan ini memberi pahala dalam berqurban dan berdakwah. 

Pihak pertubuhan menawarkan RM 450 untuk satu bahagian, ini termasuk biaya operasi seperti pengangkutan, penyembelihan dan jamuan bersama masyarakat kampung. Kepada yang berminat, dapatlah menghubungi AJK pertubuhan untuk urusan lanjut.