Saturday, August 31, 2013

Ihya' Jumaat & tahlil di KOA Tonggang

Program ihya' Jumaat seperti biasa diteruskan seperti minggu-minggu sebelumnya di Surau Annikmah KOA Tonggang. Dan diteruskan dengan majlis tahlil di rumah penghulu Islam, encik Jasa untuk arwah ayahanda beliau,atok Chalon. Al Fatihah

Thursday, August 29, 2013

Ziarah Syawal & Tahlilan di KOA Kenang & KOA Husin

Alhamdulilah, pada 26 Ogos 2013, pembina PDKOAHK bersama sahabat-sahabat daripada mubaligh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) berkesempatan untuk menghadiri rumah terbuka Ustaz Wan di KOA Kenang. Ustaz Wan adalah merupakan mubaligh JAIPk daripada Orang Asli suku Temiar. Kesemua tetamu disajikan dengan mee kari dan nasi berlauk.

Setelah menghadiri rumah terbuka Ustaz Wan di KOA Kenang, tim PDKOAHK bersama tim mubaligh JAIPk bergerak menuju ke KOA Husin untuk mengadakan tahlilan arwah. Alhamdulilah tim disambut ramah oleh penduduk setempat dan masyarakat OA setempat telah bergotong royong menyediakan jamuan.








Ziarah Mahabbah YAK

Alhamdulilah, pada 15-17 Jun yang lalu, sekumpulan sukarelawan pelapis Yayasan AlKhalifah (YAK) telah berkesempatan untuk ziarah sahabat-sahabat Orang Asli di KOA Suluh. Mereka terdiri daripada 8 orang anak-anak muda yang patut dicontohi semangat dan keazaman tinggi dalam melaksanakan program-program kesukarelawanan. Kesemua pelapis ini terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi seperti UniKL,UIA, Darul Quraan dan KISDA, dan mereka disatukan di bawah satu panji iaitu Yayasan AlKhalifah.
Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang dianjurkan oleh mereka seperti mengadakan kelas membuat donut dan kek pisang untuk golongan wanita dewasa, manakala adik-adik diadakan kelas tuisyen khas Bahasa Melayu. Selain itu, mereka juga mengagihkan sedikit sumbangan kepada masyarakat Orang Asli KOA Suluh.








Wednesday, August 28, 2013

Al Fatihah

Innalilahiwainnallilahirajiun, telah kembali kerahmatullah ayahanda Encik Jasa bin Chalon,penghulu Islam KOA Tonggang siang tadi. Jenazah selamat dikebumikan dan diuruskan oleh masyarakat kampung dengan bimbingan dan tunjuk ajar Ustz Abd Halim,pembina utama PDKOA. Arwah adalah merupakan salah seorang penduduk awal KOA Tonggang disamping pernah berkhidmat sebagai penjejak untuk tentera sewaktu zaman darurat. Arwah meninggal atas faktor usia. Pihak PDKOA melalui pembina utama, Ust Abd Halim juga berkesempatan mengetuai majlis tahlil malam ini. Semoga amalan arwah diperkenankan dan dipermudahkan oleh Allah SWT.