Saturday, June 21, 2014

Surau baru KOA Tonggang

Alhamdulilah, pada 20 Jun 2014 telah dapat dilakukan solat Jumaat berjamaah pertama di Surau KOA Tonggang yang baru. Surau baru ini didirikan di tapak lama surau, iaitu bersebelahan sekolah dan dewan komuniti KOA Tonggang. Proses menaik taraf surau ini dikelolakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di samping penglibatan aktif pemimpin masyarakat yang sama-sama turut memantau proses menaik taraf surau ini.

Selain daripada itu, masyarakat KOA Tonggang kian berdikari apabila sudah ada pelapis imam & bilal solat khasnya untuk Solat Jumaat. Ini membuktikan, bahwa mereka juga mampu menyerlah di dalam aspek keagamaan jika ada kesempatan dan pendedahan yang mencukupi. InsyAllah, ini adalah merupakan langkah permulaan untuk kita sama-sama berusaha ke arah lebih baik.









Kembara RM3-RCMP ke KOA Gerol

Rural Medical Mobile Mission (RM3) - Royal College of Medicine Perak (RCMP) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Abdul Karim Russ bersama-sama sukarelawan RM3 telah mengadakan kembara ziarah ke KOA Gerol, Sungai Siput. RM3 adalah merupakan salah satu rakan kerja pertubuhan terutama dalam bidang kesihatan dan kesukarelawanan. 

RM3 adalah antara grup yang aktif dalam melakukan pemeriksaan kesihatan dikalangan masyarakat luar bandar terutama masyarakat Orang Asli, penyelidikan, pendidikan serta melatih muka-muka baru khasnya dari pelajar-pelajar jurusan kesihatan. Selaras dengan matlamat RM3 iaitu sebagai wadah menyediakan pelapis kesihatan yang berkualiti di samping mendukung motto RCMP-UniKL iaitu 'Where knowledge is applied'.

Program mereka bukan sebatas menyediakan pemeriksaan kesihatan, tapi juga mempromosi aspek pencegahan seperti kebersihan diri dan kaunseling. 

Di samping melakukan program-program utama mereka, RM3 turut menyelitkan usaha dakwah iaitu dengan solat berjamaah, sukaneka dan makan bersama penduduk.


















Hari Kesihatan bersama HRPB di KOA Suluh

Alhamdulilah, pada 7 & 8 Jun 2014 yang lalu, pihak pertubuhan telah melakukan ziarah muhibbah ke perkampungan Orang Asli Suluh. Kembara kali ini juga adalah merupakan kembara sokongan kepada program yang diadakan oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada keesokan harinya. Antara tujuan utama kumpulan sokongan sukarelawan pertubuhan adalah untuk memfasilitasi perjalanan program sehari sebelum di samping beramah ramah mesra dengan masyarakat kampung.

Manakala, program yang dianjurkan oleh pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) adalah program tahunan mereka dalam rangka memberi pelayanan kesihatan kepada masyarakat luar bandar. Antara program yang diadakan adalah pemeriksaan kesihatan, membaik pulih bumbung, sukaneka, dan makan tengah hari bersama. 

Semoga program seperti ini dapat terus diadakan pada masa mendatang di kampung-kampung yang berlainan. InsyAllah, kami di pertubuhan mengalu-alukan program seperti ini dalam rangka meraikan masyarakat Orang Asli.



















Monday, June 2, 2014

Info Terkini

Salam sahabat-sahabat dakwah  Dakwah & Kebajikan OA, adalah dimaklumkan bahwa pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan sepanjang bulan April dan Mei 2014 yang lalu, tetapi dek kerana kekangan waktu admin, banyak info tidak dikongsikan bersama. InsyAllah, segala perjalanan waktu akan dimaklumkan kelak. Untuk sebarang makluman terkini terkait aktiviti-aktiviti semasa pertubuhan, dapatlah sekiranya menghubungi pebina utama kami AF Ustz Abd Halim (014-3073193/019-5940192)

Aktiviti Bulan Jun 2014

Salam kebersamaan sahabat2  Dakwah Dan Kebajikan OA, di sini dimaklumkan beberapa info terkini terkait perjalanan ziarah dan dakwah di perkampungan Orang Asli...

7-8 Jun  : Program di KOA Suluh, Ulu Kinta
11-12 Jun  : Program di KOA Chadak, Ulu Kinta
14-15 Jun  : Program di KOA Gerol Pos Poi, Lasah Sg Siput
24-25 Jun  : Program di KOA Makmur, Ulu Kinta

Untuk sebarang keteranga lanjut, bolehla berhubung dengan AF Ustaz Abd Halim Abdul Latiff......