Kalendar

Dalam memastikan agar objektif dan matlamat Pusat Dakwah & Kebajikan Orang Asli Hulu Kinta tercapai. Telah disenaraikan beberapa aktiviti yang dikelompokkan mengikut mingguan, bulanan dan tahunan. Semua perancangan ini didasarkan kepada pengalaman selama beberapa tahun dan aktiviti yang pernah dilakukan bersama baik melibatkan komuniti Orang Asli ataupun masyarakat luar umumnya. 

Mingguan :
-- Ihya Jumaat  (mendirikan solat Jumaat bersama dan kelas pengajian Islam)
-- Ziarah Ukhuwah  (pendedahan tentang Islam, bertanya khabar seputar kehidupan seharian termasuk persoalan Islam)

Bulanan :
-- Teroka / Ziarah Dakwah ( pendedahan dan memenangi hati Orang Asli yang masih belum Islam dengan program bersama seperti keluarga angkat)

Tahunan :
-- Sambutan Maulidur Rasul
-- Sambutan Isra' Mikraj
-- Ihya' Ramadhan
-- Sambutan Eidul Fitri 
-- Sambutan Eidul Adha
-- Sambutan Maal Hijrah

No comments:

Post a Comment