Thursday, September 19, 2013

Program Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli

Dalam memaknai kehidupan yang diwarnai dengn pelbagai cabaran dan dugaan, kematangan akal dan perilaku sesorang diuji. Selaras dengan kehendak mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan konsep ’Modal Insan” sebagai acuan pembentukan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak terutama dikalangan golongan belia yang notebene adalah merupakan pewaris kepada negara. Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta, Perak terpanggil untuk menjadi bahagian daripada sistem tersebut dan seterusnya merealisasikannya.

Keyakinan pertubuhan didasarkan kepada pengalaman beberapa kali menjadi penyelia program sahabat-sahabat daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Insititut Teknologi Malaysia (UiTM) dan Universiti Kuala Lumpur ( Royal College of Medicine Perak) mengendalikan program anak angkat di perkampungan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Hulu Kinta.

Program Anak Angkat yang telah dan bakal dianjurkan ini bukan sebatas perlengkap program dan aktiviti mahasiswa, tetapi merupakan ajang  menambah pengalaman khasnya berkenaan kehidupan masyarakat Orang Asli selain daripada memberikan tuisyen, motivasi, kelas pengajian agama, kelas kemahiran dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain.


Diharapkan dengan program ini juga, memberikan perspektif baru kepada golongan belia khasnya mahasiswa yang menyertai dan masyarakat Orang Asli itu sendiri dalam memaknai apa itu kebersamaan dan kepeduliaan.

No comments:

Post a Comment