Tuesday, January 28, 2014

Kembara Dakwah ke KOA Dollah

Alhamdulilah, pada 26 Januari tempoh hari, sahabat-sahabat pertubuhan bersama tim Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melakukan kembara dan ziarah dakwah ke masyarakat Orang Asli di perkampungan Orang Asli Dollah, di gugusan KOA Makmur. Turut serta dalam kembara ini adalah Haji Azmi atau lebih mesra disapa Pak Teh, iaitu setiausaha MRA chapter Perak.

Pelbagai agenda telah diselitkan bersama untuk menjayakan program kali ini tetapi antara yang utama adalah pendekatan (rapport) terhadap masyrakat setempat. Antara aktiviti yang sempat dilakukan adalah kelas hafazan Al Quraan, praktikal mengambil wudu' dan solat di kalangan adik-adik, pertandingan melastik tin dan melempar batu ( simbolik jihad Intifada' di Palestin), dan kerusi beracun. 

Kembara kembali turut diserikan dengan cak raya (makan besar) bersama dan agihan pakaian sumbangan yang dikumpul oleh sahabat pertubuhan iaitu daripada sumbangan masyarakat gugusan Kampung Manjoi. Pertubuhan juga berbesar hati dengan sumbangan ayam sebanyak 30 ekor daripada hamba Allah yang budiman untuk sama-sama meraikan masyarakat Orang Asli. Semoga sumbangan ini merupakan pengikat kasih antara kita bersama, dan hamba Allah ini dimurahkan rezeki dalam setiap urusannya. 

Pertubuhan merakamkan setinggi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi meluangkan masa bersama dalam meraikan masyarakat Orang Asli.