Profil

Hulu Kinta (Ulu Kinta) adalah merupakan salah satu daerah pentadbiran Pejabat Daerah Kinta dan Parlimen Tambun. Secara geografi, Ulu Kinta terletak di timur laut bandar raya Ipoh. Secara amnya, populasi masyarakat di Ulu Kinta adalah pelbagai iaitu dari Melayu, Cina, India dan juga Orang Asli.

Pertubuhan Dakwah dan Kebajikan Masyrakat Orang Asli Hulu Kinta, Perak adalah merupakan kumpulan sokongan yang digerakkan atas kesedaran pentingnya dakwah dan kebajikan Orang Asli. Antara sasaran kerja kumpulan ini adalah masyarakat Orang Asli yang berada di sekitar Hulu Kinta. Dan pada waktu yang bersamaan, Pembina Utama, Ustaz Abdul Halim adalah merupkan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Islamic Outreach ABIM (IOA) Negeri Perak di samping merupakan mubaligh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang aktif dalam usaha-usaha dakwah di kawasan Ulu Kinta di samping bantuan daripada sahabat-sahabat pendakwah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Di dalam daerah pentadbiran Daerah Kinta khasnya di Hulu Kinta, terdapat beberapa penempatan semula Kampung Orang Asli (KOA) iaitu ;
1.KOA Sg Tonggang / KOA Suak Petai
2.KOA Sg Suluh
3.KOA Makmur
4.KOA Sg Chadak
5.KOA Sg Choh

Untuk makluman, taburan populasi Orang Asli di Hulu Kinta adalah merupakan dari suku kaum Temiar. Dan dapat dikatakan hampir 80% masyarakat Orang Asli Hulu Kinta adalah merupakan Islam. Manakala selebihnya adalah tidak beragama ataupun kristian.

Antara matlamat umum yang diharapkan adalah dakwah dan kebajikan Orang Asli terjamin dengan asas pemahaman dan penghayatan yang berterusan disamping memajukan dari segi sosioekonomi.

Demi mencapai matlamat tersebut, terdapat 3 peringkat dakwah yang diterapkan iaitu ;
1. Fasa Teroka       
--- Pendedahan tentang Islam dan sosioekonomi
2. Fasa Pendidikan     
--- Pembangunan modal insan (pemahaman dan penghayatan)
3. Fasa Kebajikan    
--- Pembangunan sosioekonomi dengan pendedahan asas pendidikan, kemahiran, latihan serta modal. Di samping mendorong ke arah kemandirian.



KOA Sg Tonggang


KOA Sg Choh


No comments:

Post a Comment