Tuesday, September 30, 2014

Kerjasama Program Komuniti

Sukacitanya dimaklumkan kepada umum bahwa pihak pertubuhan mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam meraikan masyarakat Orang Asli khasnya di Hulu Kinta. Pihak pertubuhan bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam mengadakan program-program kemasyarakatan di perkampungan Orang Asli. 

Penglibatan pihak luar baik berupa kendalian penuh mereka atau kendalian bersama dengan pihak pertubuhan. Pada asasnya, pihak pertubuhan akan membantu memfasilitasi hubungan langsung dengan masyarakat manakala pihak penganjur bebas merencanakan aktiviti-aktiviti mereka tetapi tertakluk kepada terma-terma dan syarat yang disepakati bersama khasnya terkait adat.

Tawaran ini juga terbuka buat sahabat-sahabat di Institut Penguruan Tinggi yang ingin menimba pengalaman disamping berbakti kepada masayarakat.

Sebarang pertanyaan dapatlah menghubungi :
Pembina Utama : AF Ustaz Halim
Pembina Sukarelawan & Aktiviti : Cikgu Dasuki
Pembina (sekretariat) : Dr Ismail

Lawatan KP JAKOA Ke KOA Tonggang

Pada 30 September 2014, Ketua Pengarah JAKOA yang baru telah meluangkan sedikit masa untuk melakukan lawatan kerja ke KOA Tonggang. Kedatangan beliau juga diserikan dengan Surau Nurul Hikmah dan Sekolah Agama Rakyat (SRAR) yang baru siap.




Kenderaan Dakwah

Alhadulillah, pihak pertubuhan telah diperkuat dengan 3 buah kenderaan dakwah yangmana adalah milik peribadi pembina pertubuhan. Tapi adalah sedia maklum, kenderaan dakwah yang sedia ada ini masih dalam keterbatasan dari segi upaya dan tenaga kerana faktor keuzuran kenderaan tersebut. Pajero ABX, yang merupakan kenderaan dakwah yang utama masih dalam proses baik pulih dan masih dalam kendala kewangan, tapi pertubuhan masih mengupayakan secara perlahan-lahan. Kenderaan lain adalah Vitara milik Pak Teh di samping Kia Sportage milik AF Ustaz Halim.

Dengan keterbatasan yang ada, kami masih mengupayakan agar kesinambungan berterusan dalam memastikan usaha dakwah dan kebajikan di perkampungan Orang Asli dapat diteruskan. 

Banyak pihak menanyakan akan kepentingan kenderaan dakwah ini khasnya kenderaan pacuan 4 roda ini, kami dapat simpulkan beberapa perkara utama iaitu :
1. Dapat digunakan sebagai kenderaan jenazah bilamana van jenazah tidak dapat digunakan
2. Mengangkut peserta / sukarelawan ke perkampungan Orang Asli
3. Membawa bantuan barang sumbangan harian dan pakaian bekas 
4. Akses kepada kampung yang mempunyai kendala dari segi jalan raya..

Sehubungan dengan itu, kami masih mengharapkan bantuan orang ramai untuk mendapatkan sebuah kenderaan pacuan 4 roda yang baru, InsyAllah setiap sumbangan yang diberi mendapat perlepasan cukai daripada LHDN.







Qurban di Perkampungan Orang Asli

InsyAllah, tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya akan diadakan majlis Qurban di kampung-kampung Orang Asli khasnya di Hulu Kinta. Bagi yang berminat, penyertaan untuk satu bahagian adalh sebanyak RM450. Dapatlah kiranya menghubungi AF Ustaz Halim untuk keterangan lanjut.

Monday, September 15, 2014

Pembina : Pak Teh

Alhamdulilah, barisan pengurusan pembina pertubuhan kembali diperkuatan dengan kehadiran anggota baru iaitu Haji Azmi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pak Teh dikalangan keluarga terdekat dan sahabat handai. Beliau adalah merupakan bekas Medical Assistant (MA) yang telah sekian tahun mengabdikan diri kepada masyarakat khasnya di HBUK, HRPB, HSPU dan Hospital Permai Sejarah panjang beliau dalam perkhidmatan awam khasnya dalam pembangunan komuniti kembali ditagih khasnya dalam pembangunan masyarakat Orang Asli, 

Walaupun perkhidmatan dengan kerajaan sudah cukup tempoh, tapi beliau masih menyisakan sedikit kudrat beliau untuk berbakti. Sebelum bergabung dengan pihak pertubuhan, beliau juga adalah merupakan Setiausaha MRA chapter Perak serta menggangotai beberapa NGO lain seperti ABIM, dan WADAH Pencerdasan Ummat Dengan adanya beliau dalam saf pengurusan pertubuhan / pembina, dapat sama-sama membantu pihak pertubuhan dalam memastikan segala matlamat  tercapai.