Wednesday, July 23, 2014

Promo Salam Muslim Sinar Ramadhan Astro Oasis

Alhamdulilah, kami telah menerima kedatangan tetamu istimewa dalam rangka meraikan ramadhan bersama masyarakat Orang Asli iaitu saudara Fakhrul Radhi daripada kumpulan nasyid UNIC. Kehadiran beliau adalah untuk menjayakan Program Astro Oasis iaitu Salam Muslim Sinar Ramadhan yang ditayangkan di Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135.

Program ini dijalankan di KOA Tonggang.




Wednesday, July 16, 2014

Pembina Komunikasi & Sukarelawan

Alhamdulilah, pertubuhan telah menerima kehadiran ahli keluarga baru dalam pembina iaitu saudara Dasuki Wahab dan telah diputuskan oleh AJK pelantikan beliau sebagai AJK Komunikasi & Sukarelawan. Pemilihan beliau dilihat tepat memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dalam kegiatan dakwah & kebajikan di kalangan masyarakat Orang Asli khasnya. Ketrampilan beliau dalam kepimpinan dan komunikasi juga mendorong kami untuk sama-sama bahu membahu dalam meraikan agenda pertubuhan di kemudian hari.

Selain itu, sebarang aktiviti kesukarelawan yang melibatkan institusi perguruan tinggi atau pertubuhan lain akan di kawal selia oleh beliau bagi memastikan objektif setiap program tercapai. Bagi pihak yang berminat untuk bekerjasama, kami mengalu-alukan bantuan anda baik berupa kewangan, tenaga mahupun bantuan kebendaan.




Thursday, July 3, 2014

Perlepasan Cukai Pendapatan

Alhamdulilah, pihak pertubuhan telah menerima khabar gembira daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terkait permohonan untu pengecualian cukai yangmana permohonan tersebut sudah mendapat kelulusan. Penantian selama 9 bulan akhirnya membuahkan hasil. InsyAllah, dengan adanya kelulusan ini akan dapat merancakkan lagi sumbangan daripada masyrakat kerana setiap sumbangan ini dapat dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Buat masa ini, pihak pertubuhan telah mengajukan draft kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) selaku pihak yang bertanggungjawab untuk mencetak resit rasmi pertubuhan.

No izin kelulusan : LHDN : 01/35/42/51/179-6.7772


Ihya' Rmadhan & Ziarah Mahabbah ke KOA Suluh

Alhamdulilah pada 5 & 6 Julai 2014, sukarelawan daripada Kolej Perubatan Di Raja Perak & Kolej Teknologi Perak bergabung tenaga meraikan dan memeriahkan Ihya' Ramadhan 2014 dengan mengadakan majlis ziarah mahabbah ke perkampungan Orang Asli Suluh. Antara objektif utama adalah untuk sama-sama meraikan kedatangan ramadhan bersama masyarakat Orang Asli disamping menerapkan nilai-nilai Islam sebagai usaha dakwah yang berpanjangan.

Program 2 hari 1 malam ini diketuai oleh saudara Yadiy, mahasiswa Kolej Perubatan Di Raja Perak di bawah seliaan Pembina Komunikasi & Sukarelawan, saudara Dasuki Wahab. Program yang berkonsepkan kesederhanaan ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai sukarelawan di luar sana. Kami, sebagai penggerak dan pembina pertubuhan amat berbesar hati untuk menerima kunjungan sahabat-sahabat sukarelawan untuk mengadakan program di perkampungan Orang Asli.

Antara program yang diadakan sepanjang ziarah :
1. Ziarah rumah ke rumah dengan bertanya khabar
2. Pengagihan lauk pauk untuk bersahur
3. Sukaneka bersama kanak-kanak
4. Kelas origami bersama ibu-ibu
5. Usrah ibu-ibu
6. Kelas agama & bahasa


Solah teraweh diimami oleh AF Ustaz Dasuki





berbuka puasa


khemah para peserta lelaki termasuk khemah Cikgu Dasuki & Keluarga

Usrah ibu-ibu disampaikan oleh Cikgu (isteri Cikgu Dasuki)
Buka pasar lambak depan rumah Paklang

Usrah ibu-ibu

Latihan dalam kumpulan
Ziarah rumah ke rumah
emergency! emergency!


Pasar lambak di dalam balai sewang
salam wida' bersama warga penduduk



Cenderamata untuk tok bathin
Geng Usrah

Ihya' Ramadhan 2014

Alhamdulilah, sudah 5 hari kita meraikan kedatangan ramadhan kareem. Begitu juga kami di pertubuhan, meraikan kedatangan ramadhan kareem dengan pelbagai pengisian dan program bersama masyarakat Orang Asli di Hulu Kinta khasnya dan komuniti sukarelawan. 

Semua program ini dirangkumkan di bawah program "Ihya' Ramadhan", iaitu program khas untuk meraikan dan menghidupkan ramadhan. Antara pengisian yang dijalankan sepanjang program Ihya' Ramadhan adalah majlis berbuka bersama, solat teraweh, tadarus dan sahur. 

Di bawah adalah gambar-gambar majlis berbuka dan solat teraweh di KOA Tonggang dan KOA Chadak