Saturday, March 30, 2013

Study of Knowledge, Attitude, and Practice towards Pulmonary Tuberculosis among Orang Asli in Sungai Siput.

Alhamdulilah, pada 20 dan 21 Mac 2013 yang lalu, sekumpulan mahasiswa-mahasiswi Kolej Perubatan Di Raja Perak (RCMP UniKL) telah melakukan penyelidikan kesihatan tentang tahap kesedaran masyarakat Orang Asli tentang Batuk Kering (Tuberculosis) di kalangan masyarakat Orang Asli di Sungai Siput. Penyelidikan ini adalah dengan kerjasama dengan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Antara tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana tingkat kesedaran masyarakat, sikap dan tindakan terhadap TB. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh PKD Kuala Kangsar, dalam tempoh 4 tahun terakhir masih terdapat jumlah yang significant terhadap pesakit TB mahupun contact TB di kalangan masyarakat Orang Asli. Selain melihat tingkat kesedaran, sikap dan tindakan terhadap TB, penyelidikan ini juga untuk melihat hubungkait antara TB dengan sosio-demografi responden, dan ini termasuklah tingkat pendidikan dan pekerjaan responden.

Diharapkan lebih banyak lagi penyelidikan-penyelidikan seperti ini dijalankan di kalangan masyarakat Orang Asli kelak. Kerana pada dasarnya, tingkat kesihatan dan tingkat kesedaran kesihatan di kalangan Orang Asli masih rendah dan masih banyak upaya yang harus dilakukan khasnya penyertaan daripada badan-badan bukan kerajaan atau mahasiswa-mahasiwi Universiti.






Thursday, March 28, 2013

Baik pulih pajero

Dalam memastikan kelancaran dakwah di kawasan Orang Asli, kenderaan pacuan empat roda adalah satu keperluan yang amat diperlukan. Ini dikarenakan akses jalan dan struktur geografi yang begitu mencabar untuk ke tempat tujuan.

Dalam hal ini, Pusat Dakwah & Kebajikan OA Hulu Kinta sekarang mengalami kendala terkait rusaknya kenderaan dakwah dan memerlukan bantuan kewangan untuk perbaikan bagi memastikan kelancaran usaha dakwah dalam masyarakat Orang Asli.

Kos yang diperlukan untuk perbaikan diperkirakan sebanyak RM2300. Kami berharap sumbangan orang ramai dapat memastikan usaha dakwah ini dapat diteruskan seperti biasanya.