Sunday, February 10, 2013

Yayasan Al Khalifah

Yayasan Al Khalifah melalui dua pegawainya iaitu, En Shamsul dan Encik Azhar telah berkesempatan hadir dan meluangkan masa untuk meninjau dan beramah mesra dengan penduduk Orang Asli di kawasan Hulu Kinta khasnya di KOA Tonggang, KOA Makmur dan KOA Sg Choh. Ini adalah merupakan kunjungan kali pertama mereka di kawasan Hulu Kinta.

Yayasan Al Khalifah adalah merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif dalam kerja-kerja sosial dan Orang Asli khasnya di Gua Musang, Kelantan. Yayasan Al Khalifah juga merupakan salah satu rakan kerja Malaysia Relief Agency (MRA) yang aktif dalam kerja-kerja sosial di dalam negara mahupun luar negara.

Kunjungan mereka kali ini bukan hanya sebatas untuk bersilaturahmi tapi turut diselitkan dengan agenda sosial lain seperti penyerahan sumbangan baju-baju dan makanan, makan bersama penduduk dan sesi dialog khasnya berkenaan peluang pendidikan untuk anak-anak Orang Asli yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi tanpa dikenakan biaya. Di samping itu, Yayasan Al Khalifah turut menyuarakan pandangan untuk bekerjasama dengan penduduk setempat khasnya melibatkan aktiviti sosial bersama pelajar-pelajar Institut Perguruan Tinggi (IPT) di Malaysia. Pandangan ini dilontarkan sewaktu majlis makan bersama penduduk KOA Sg Choh.

Diharapkan, dengan kerjasama seperti ini dapat melibatkan lebih ramai pihak lagi yang peduli dan prihatin terhadap nasib Orang Asli.

Penyerahan sumbangan makanan untuk program Ihya Jumaat
KOA Makmur
Makan bersama di KOA Sg Choh
Bihun Sup



1 comment:

  1. Salam,terima kasih akan artikel ini. Untuk pengetahuan admin PDKOA juga pihak yayasan aktif menumpukan ke kawasan Orang Asli seluruh Malaysia bukan sahaja kawasan Gua Musang sahaja.InsyaAllah jalinan kerjasama akan dapat dipupuk dgn pihak PDKOA untuk masa-masa mendatang.. InsyaAllah..

    :)

    ReplyDelete