Adat

Seperti masyarakat lain, Orang Asli juga mempunyai adat dan kepercayaannya tersendiri. Sebahagian besar dari mereka mengikuti sistem kepercayaan kepada 'roh' atau kata lain adalah animesme.

Berdasarkan laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) tahun 2000, majoriti kepercayaan Orang Asli di semenanjung Malaysia adalah animisme iaitu sebanyak 53.5%, tiada agama sebanyak 17.5%, Islam sebanyak 16.9% manakala selebihnya adalah Kristian dengan 7.3%, Hindu 0.3%, Budha 0.19% dan lain-lain.

Bagi masyarakat Orang Asli, sistem kepercayaan yang ada dalam masyarakat merupakan satu alat untuk mengawal dan menghukumnya.

Walaupun sebahagian masyarakat Orang Asli menganut fahaman animisme, namun cara hidup dan amalan seharian mereka sudah mempunyai nilai-nilai Islam.

Dengan demikian, usaha-usaha memperkenalkan kesempurnaan dan mudahnya Islam itu kepada masyarakat Orang Asli perlu mengambil perhatian penting terhadap beberapa etika berdasarkan adat dan pantang larang mereka.

Adat & Pantang Larang

1.Jangan atau tidak boleh naik kerumah sebelum dipelawa.
2.Dilarang mengunjungi atau memanggil nama tuan rumah yang mempunyai daun-daun tergantung di hadapan pintu. Ini menandakan orang sakit atau sedang berubat secara tradisional di dalam rumah.
3.Tidak boleh memuji kecantikan seseorang kanak-kanak dengan pujian comel, gemuk, putih gebu dsb.
4.Tidak boleh menghampiri kanak-kanak kecil bagi pengunjung yang baru datang. Dipercayai ini akan menghilangkan semangat dan akhirnya membawa kepada kematian.
5.Tidak boleh membuat sebarang janji yang dirasakan mungkin tidak boleh ditunaikan. Dipercayai orang yang menunggu janji yang tidak ditunaikan akan kemalangan dan sakit.
6.Tidak boleh memberikan hadiah secara terus kepada wanita OA yang tidak dikenali. Pemberian boleh diberikan melalui orang ketiga iaitu Tok Bathin, Penghulu, bapa atau abang.
7.Tidak boleh menunjukkan atau bersikap kepegawaian.
8.Tidak boleh mengambil balik lebihan makan yang disediakan di kampung tersebut.
9.Tidak boleh meludah di sebarang tempat.
10.Tidak boleh mengintip dan mengintai-intai rumah.
11.Tidak boleh berdebat atau berbahas sesuatu masalah.
12.Tidak boleh menggunakan istilah yang menyinggung mereka seperti 'Sakai'
13.Tidak boleh membuat perbandingan antara satu kampung dengan kampung yang lain.
14.Tidak boleh memetik buah-buahan sesuka hati untuk dimakan sebagai percubaan.

Sikap & Perkara yang perlu diambil perhatian apabila berada di perkampungan Orang Asli

1.Memberitahu terlebih dahulu akan kehadiran pelawat melalui orang tengah.
2.Meminta izin sebelum naik ke rumah jika dipelawa naik.
3.Meminta izin penghulu atau bathin untuk membuat sesuatu kegiatan yang melibatkannya.
4.Menerima dan menghargai pemberian walaupun pada hemat pelawat pemberian itu tidak perlu.
5.Tidak mengkritik atau mentertawakan sebarang adat atau kebiasaan yang mereka lakukan.
6.Berusaha menguasai mereka
7.Menyertai keguatan masyarakat yang diadakan
8.Berusaha memberikan sebarang pertolongan yang diperlukan
9.Menerima makanan dan minuman yang disediakan dan jika terpaksa menolak disebabkan tidak halal dan sebagainya, boleh menggunakan istilah 'pantang'.
10.Jangan berbincang atau berbual mengenai perkara yang menimbulkan ketegangan dan sensitif yang berkaitan adat & kepercayaan.
11.Cuba memahami maksud kata-kata yang disuarakan penduduk kampung terutama Penghulu/Bathin yang mengandungi unsur ancaman dan sebagainya.
12.Berlemah lembut dalam menghadapi kumpulan sasar.

sumber ;Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Perak

No comments:

Post a Comment