Wednesday, December 25, 2013

Menaik taraf Surau Nurul Hikmah

Alhamdulilah, surau Nurul Hikmah di KOA Tonggang, Tanjung Rambutan dalam proses menaik taraf kepada surau yang baru. Surau yang baru ini dijangka dapat menampung jemaah yang lebih ramai dan dapat difungsikan untuk pelbagai kegiatan keagamaan dan kemasyarakatan. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) selaku agensi yang bertanggungjawab telah memperuntukkan peruntukkan khas untuk pembangunan surau ini. InsyAllah, dalam masa terdekat surau Nurul Hikmah akan kembali dengan wajah yang baru. Proses menaik taraf ini dijangka memakan masa selama 3 bulan dan sebarang kegiatan dakwah dan solat berjemaah dilaksanakan di dewan komuniti KOA Tonggang.



Telekung dan pakaian bekas

Alhamdulilah, baru-baru ini pihak pertubuhan ada menerima bantuan pakaian solat wanita dan pakaian bekas untuk diagihkan kepada masyarakat Orang Asli. Ini adalah merupakan upaya untuk menyemarakkan lagi syiar dakwah dikalangan masyarakat Orang Asli. Sebanyak 30 pasang pakaian solat wanita telah diagihkan kepada amek-amek Orang Asli. Di samping itu, pakaian bekas juga turut diagihkan. Pihak pertubuhan merakamkan terima kasih kepada saudara Nurul Hidayah Zakaria (RCMP) dan sahabat projek Ihya Ramadhan Telekung (PIR-Telekung) kerana usaha murni ini. Semoga dengan kegiatan seperti ini, dapat membangkitkan lagi keghairahan mereka untuk mendalami Islam.