Sunday, August 17, 2014

Terima Kasih Daun Keladi

Alhamdulilah, pihak pertubuhan telah menerima bantuan kewangan berjumlah Rm 7,200 pada  4 Jun 2014 tempoh hari. Pada awalnya, ada sedikit kekalutan di pihak pertubuhan memandangkan ketidakjelasan wang tersebut. Tapi, setelah dilakukan pemeriksaan silang dengan pihak Bank Islam cawangan Meru, identiti penyumbang tersebut telah dikenal pasti iaitu Yayasan Taqwa. Kami mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang telah diberikan dan akan memanfaatkan bantuan tersebut untuk setiap agenda/ aktiviti pertubuhan.

Sekadar makluman, jumlah dan siapa penyumbang adalah penting bagi kami dalam memastikan ketelusan dalam pengurusan kewangan pertubuhan memandangkan wang tersebut adalah amanah kepada kami. Selain untuk keperluan pengurusan kewangan/kira-kira, maklumat terperinci penyumbang juga penting khasnya dalam proses mengemaskini maklumat dengan pihak LHDN terkait pengecualian cukai. 

Kami juga terus mengharapkan kebersamaan anda untuk terus bersama kami bagi memastikan kesinambungan usaha dakwah di belantara.