Tuesday, October 29, 2013

Program Lajar dan Lek Al Quraan

Alhamdulilah, pada 20 Oktober 2013 tempoh hari telah dijayakan Program Lajar dan Lek Al Quraan di perkampungan Orang Asli Tonggang. Ini adalah merupakan program asas fardu ain tahsin Al Quraan untuk kanak-kanak dan dewasa. Pendekatan yang sederhana dan praktikal adalah 2 perkara yang diketengahkan untuk memastikan hasil yang optimal daripada program ini. InsyAllah, masih banyak lagi program-program yang sama di masa hadapan.







Sambutan Aidiladhan dan Ibadah Qurban

Alhamdulilah, sambutan Aidiladha dan ibadah Qurban  di perkampungan Orang Asli untuk keseluruhan Perak amnya, dan zon Hulu Kinta khasnya bagi tahun 2013 meriah dengan peningkatan sumbangan haiwan-haiwan qurban. Ini mencerminkan kepedulian dan keprihatinan masyarakat terhadap masyarakat Orang Asli. Di samping itu, ini juga adalah cerminan semangat ibadah qurban itu sendiri.

Untuk zon Hulu Kinta, haiwan-haiwan qurban telah diagihkan ke beberapa perkampungan Orang Asli antaranya KOA Tonggang, KOA Makmur, dan KOA Chadak. Sambutan Aidiladha juga diserikan dengan solat Aidiladha, takbir, ziarah rumah ke rumah dan jamuan bersama. InsyAllah dengan adanya semangat Aidiladha ini, dapat memberi seribu satu pelajaran dan hikmah untuk kita sama-sama pelajari.












Saturday, October 12, 2013

Video Korporat

Alhamdulilah, pihak pertubuhan akhirnya dapat menyiapkan video korporat Pertubuhan yang mencerminkan segala aktiviti dan kegiatan Pertubuhan dalam meraikan dan memakmurkan masyarakat Orang Asli Hulu Kinta, Perak. Diharapkan dengan adanya video seperti ini dapat mengambarkan lagi siapa kami kepada masyarakat awam khasnya, serta dapat meraih banyak lagi hati-hati untuk turut serta menyumbang tenaga, kepakaran dan materi kebendaan.
Pihak pertubuhan juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada sahabat RCMP, saudara Nik Abdul Hadi yang turut sama-sama menyisakan sedikit ilmu, kepakaran dan waktu dalam menyiapkan video ini. Terima kasih.


Tuesday, October 8, 2013

Grup Kmpg Jasa kembali berjasa

Alhamdulilah, pihak pertubuhan kembali menerima bantuan sumbangan berupa pakaian-pakaian bekas daripada sahabat-sahabat UniKL-RCMP. Untuk makluman, ini adalah merupakan sumbangan kali kedua kepada pihak pertubuhan. Difahamkan, sahabat-sahabat RCMP ini dikenali sebagai Grup Kmpg Jasa. Mereka memprakasai dan memfasilitasi penggumpulan pakaian-pakaian bekas dikalangan sahabat-sahabat mereka untuk disumbangkan kepada masyarakat Orang Asli. Dengan menggagas semangat "Bersama Kita Prihatin", sekumpulan sahabat ini telah mencerminkan kepedulian dan keprihatinan mereka selari peranan mereka kelak untuk kembali berbakti kepada masyarakat iaitu sebagai doktor. Sekecil apa pun usaha mereka, pihak pertubuhan merakamkan setinggi terima kasih. Diharapkan, masih banyak lagi sahabat-sahabat lain untuk turut serta dalam usaha murni ini.