Thursday, October 23, 2014

Program Ziarah & Anak Angkat di Perkampungan Orang Asli Jelintoh, Gopeng

Alhamdulilah, pada 10-12 Oktober 2014 yang lalu telah berjaya disemprunakan program ziarah & anak angkat di perkampungan Orang Asli dengan melibatkan 42 orang mahasiswa/i Kolej Perubatan Di Raja Perak (RCMP-UniKL) dan Kolej Ugama Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). RCMP-UniKL menghantar seramai 12 orang sukarelawan manakala selebihnya daripada KUISAS. Program ini adalah merupakan program anjuran bersama dimana Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah rakan kongsi utama sepanjang program dan pertubuhan sebagai penyelia bersama.

Dengan bermatlamatkan ziarah dan silaturahmi, program ini telah memberi kesan tersendiri kepada peserta sukarelawan yang mengikuti dan keluarga angkat yang terlibat. Para sukarelawan berksempatan untuk tinggal bersama keluarga angkat dan menjalani kehidupan bersama keluarga angkat mereka. Bagi yang pertama kali mengikuti program seperti ini, ini adalah merupakan kesempatan emas yang mereka dapati yang tidak mungkin didapati di dalam kelas. Hubungan yang dibina atas kasih sayang antara peserta dan keluarga angkat adalah modal utama kepada keberhasilan program ini.

Program ini juga diselitkan dengan beberapa slot daripada peserta sukarelawan seperti slot kesihatan komuniti (memotong kuku, mencari kutu, shampoo rambut dan kebersihan badan), slot pertiwi (slot kemahiran untuk ibu-ibu), sukaneka dan pelbagai lagi.

Pihak pengajur merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua sukarelawan yang mengikuti program ini kerana telah sama-sama menjayakan program ini dan memberikan hasil yang terbaik.



















No comments:

Post a Comment