Sunday, March 2, 2014

Program Anak Angkat KUISAS di KOA Tonggang

Alhamdulilah, pada 28 Februari-2 Mac 2014 telah berjaya diadakan program anak angkat anjuran bersama pertubuhan dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) di KOA Tonggang. Program ini disertai lebih kurang 50 orang peserta dari KUISAS dan beberapa sukarelawan luar termasuk dari USIM dan RCMP. Dengan menekankan konsep kebersamaan, program ini mensyaratkan agar semua peserta ditempatkan di rumah keluarga angkat masing-masing. 

Penduduk kampung menerima kedatangan mereka dengan tangan terbuka, kerana secara umumnya penduduk kampung telah biasa menerima kedatangan anak-anak angkat daripada institut perguruan tinggi (IPT). Dengan tidak menghampakan kedua-dua pihak, pihak pertubuhan sebagai perantara iaitu melalui pembina utama AF Ustaz Abd Halim telah merencanakan program ini disesuaikan dengan matlamat pihak KUISAS dan kepentingan umum masyarakat kampung.

Dengan mensasarkan kanak-kanak sebagai target utama, pelbagai program berunsurkan ibadah telah dijayakan iaitu latihan amali wudu' dan tayamum, solat berjemaah dan ceramah-ceramah pendek. 

Di samping itu, pihak pertubuhan turut menerima sumbangan pakaian bekas daripada Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPM) RCMP untuk diagihkan kepada masyarakat Orang Asli yang memerlukan. Difahamkan, sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai khasnya komuniti RCMP. 

Bukan hanya program anak angkat, program ini turut menarik minat seorang penyelidik muda yang entusias tentang masyarakat Orang Asli. Semoga, apa yang dilakukan dapat memberikan manfaat di kemudian hari. 















No comments:

Post a Comment