Friday, April 19, 2013

Pertubuhan Dakwah Dan Kebajikan Masyarakat Orang Asli Hulu Kinta Perak

Alhamdulilah, Pusat Dakwah & Kebajikan Orang Asli Hulu Kinta telah berubah nama kepada Pertubuhan Dakwah & Kebajikan Masyarakat Orang Asli HUlu Kinta Perak atas nasihat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 18 April 2013 yang lalu.

Walau telah berganti nama, matlamat dan misi tetap sama iaitu dakwah dan kebajikan Orang Asli di Hulu Kinta khasnya, dan Orang Asli di Perak amnya.

Segala perancangan dan aktiviti akan berjalan seperti biasa, dan pihak pertubuhan dalam rangka membuka akaun baru untuk pertubuhan ini bagi memudahkan proses sumbangan dan transaksi kewangan. Ini akan dimaklumkan kelak setelah proses pergantian nama ini selesai.

No comments:

Post a Comment